Wednesday, 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

pendekatan analisis wacana


Kajian Pendekatan Analisis Wacana melibatkan ujaran dan interaksi dari pelbagai masyarakat dari umur kanak-kanak hinggalah ke tua. Kajian teks dijalankan melalui cerita rakyat, pantun, sajak, lirik lagu dan sebagainya.  Oleh itu, pendekatan setiap elemen ini iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens mampu menjelaskan peranannya.


PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Elemen

Ciri-ciri

Pra-Andaian 

       1.Institusi/ Gerak Hati

       2. Konteks

·         Penerimaan/ Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

Emosi

       1. Positif

       2. Negatif

       3. Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

Nilai & Budaya

       1. Diri

       2. Masyarakat

       3. Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesedrhanaan.

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan, fizikal dan mental, kesantunan.

·         Hormat- menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat.

·         Keadilan, kebebasan, rasional.

 

Bahasa

       1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

       2. Formal/ tidak formal

       3. Kesalahan bahasa

       4. Linguistik

 

Inferens

       1. Rumusan keseluruhan

       2. Rumusan topik perbincangan

       3. Penutup kata

 

 

PENERANGAN

Pra-Andaian

Elemen ini telah diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Institusi adalah kemampuan memahami sesuatu tanpa melaui pemikiran yang rasional dan intelektual ataupun secara terus. Manakala konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan/ penafian, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

Emosi

Emosi ialah sesuatu perasaan atau gelojak jiwa yang muncul dalam diri seseorang akibat rangsangan daripada dalam diri ataupun luar. Emosi terbahagi kepada tiga iaitu emosi positif, negatif dan bercampur yang dilihat melalui tingkah laku, personality, mood dan motivasi dari diri atau luar.

 

Nilai dan Budaya

Elemen ini dikaji dari aspek diri, masyarakat dan adat yang mempunyai kaitan rapat dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam  falsafah Pendidikan negara seperti berhemah tinggi, jujur, ikhlas dan sebagainya.

 

Bahasa

Bahasa lebih memandang serius keapda bahasa pertama, kedua, ketiga dan seterusnya yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan tidak formal. Bahasa juga memberatkan kepada kesalahan bahasa dan cara penghuraian bagi memastikan bahasa itu tepat, jelas dan padat.


Inferens

 Inferens melibatkan 3 aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik, perbincangan dan penutup kata yang dianalisis dan dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini jelas dan lengkap.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus



Gambar Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...