Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa
Rujukan:
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan
Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Keluarga Alim amat menyukai
buah-buahan yang dibeli bapa Alim di pasar tani. Tahap kesukuaan mereka terhadap
buah-buahan jelas terlihat Madinah menjerit dan melompat-lompat setelah
mengetahui bapa Alim membawa pulang buah-buahan. Buah-buahan yang dibeli bapa
Alim adalah terdiri daripada buah tempatan iaitu buah durian, manggis, langsat,
duku dan banyak lagi. Ibu Alim menyediakan bakul sampah kerana tidak mahu kulit
dan sisa buah-buahan yang tidak dimakan bersepah yang menyebabkan rumah menjadi
kotor. Sambil mereka makan buah-buahan itu, Alim bertanya kepada ibunya untuk
memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Hal ini kerana Alim mengingati
pesan ibu dan bapanya iaitu berkongsi barang atau makanan yang disukai adalah
perbuatan yang mulia dan baik. Perkara ini juga disarankan dalam agama yang
menerapkan nilai-nilai baik kepada keluarga dan masyarakat. Niat baik Alim
mendapat pujian ibunya dan selalu mengingati pesan ibu bapanya. Oleh itu, ibu mengasingkan
buah-buahan ke dalam plastik merah untuk diberi kepada Sulaiman. Setalah ibu
membungkus buah-buahan kedalam plastik yang ada buah rambutan, dan manggis, ibu
memberi kepada Alim untuk diberi kepada Sulaiman. Alim mengucapkan terima kasih
kepada ibu sambil mengambil plastik itu dan terus meluru berlari ke arah rumah Sulaiman.
Setelah Alim tiba ke rumah Sulaiman, Alim memberi plastic yang berisi buah itu
kepada Sulaiman. Pemberian Alim dihargai oleh Sulaiman dengan senyuman dan ucapan
terima kasih. Alim tersenyum puas setelah niat baiknya tercapai dan disambut
baik oleh ibunya. Alim berlari semula ke arah rumahnya. Alim mengetahui berkongsi
itu baik dan keluarganya faham akan niat Alim itu. setelah selesai makan, Alim
menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas dan membersihkan
rumah. Alim membantu keluarganya dengan membawa kulit buah-buahan ke dalam tong
sampah besar di luar rumahnya. Apabila diluar rumah, Alim terserempak dengan Mak
Cik Timah iaitu ibu kepada kawanya iaitu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di
luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi
buah-buahan itu. Alim pula membalas ucapan penghargaan Mak CIk Timah. Alim
mengingati kata ibunya bahawa Mak Cik Timah dan Pak CIk Yakub adalah orang yang
baik. Mak Cik Timah memberi pujian kepada Alim. Namun begitu, Alim melihat riak
wajah Mak Cik Timah sedih, tetapi disangkal oleh Mak Cik Timah dengan
mengatakan bahawa dia gembira sambil melihatnya anaknya iaitu Sulaiman tengah
membasuh basikalnya. Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman
dan seterusnya pergi ke dalam rumahnya sambil melambai tangan. Oleh itu, Mak
Cik Timah mendokan Alim dan keluarga suapaya kekal sihat dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment