Elemen: Warna
Tema Alam sekitar
Rujukan Pinterest
Huraian Grafik diatas mempunyai gabungan
warna yang yang menarik dan tidak lebih dari tiga warna. Gambar diatas
merupakan gambar sebuah jambatan yang yang disertai dengan warna awan yang
mempunyai kombinasi biru, hitam dan oren. Foto ini jelas menarik kerana
mempunyai warna yang menyerlah. Grafik ini juga memfokuskan kepada jambatan dan
seorang lelaki di hujung jambatan.
Elemen: Warna
Tema: Pokok
Rujukan: Internet https://www.countryliving.com/gardening/g3168/cherry-blossoms-facts/
Huraian: Gambar
menunjukkan gambar pohon sakura. Bunga pohon itu berwarna merah jambu. Langit
biru muda dengan awan putih menunjukkan cuaca yang cerah. Bayang pada bawah
pokok menunjukkan waktu siang. Rumput bewarna hijau di bahagian bawah itu
sangat sesuai dengan warna pohon sakura yang sedang kembang.
Elemen: Warna
Tema: Retro
Rujukan:
Huraian:
Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema retro. Pemilihan warna utama ialah merah dan jingga. Oleh itu, warna utama tersebut telah memberikan aura retro di dalam potret tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Sumber: https://images.app.goo.gl/BXdVVWv69usgeS1W9
Huraian:
Menggunakan tiga warna sahaja iaitu biru, putih dan hitam. Pemilihan warna diterhadkan bagi menfokuskan pen tersebut. Di samping itu, terdapat juga penggunaan teks yang menunjukkan jenama kepada pen tersebut.
Elemen: Warna
Tema : Alam Semula Jadi
Sumber : https://wisato.id/wisata-alam/10-air-terjun-eksotis-di-sulawesi/
Huraian : Sekeping foto menunjukkan suasana di Kawasan air terjun. Pohon – pohon yang bewarna hijau sangat jelas kelihatan disertai dengan warna air terjun yang membiru. Terdapat juga batu – bata yang bewarna kelabu. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada air terjun, pohon dan juga batu.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Sumber: https://www.updateordie.com/2018/08/16/caribou-coffee-25th-anniversary/
Huraian: Iklan ini
memaparkan warna yang menarik. Terdapat tiga warna yang digunakan iaitu merah,
coklat dan biru. Tulisan teks pula berwarna putih di mana amat sesuai
dipadankan dengan tiga warna yang lain. Warna-warna tersebut amat menonjol dan
mampu menarik minat pelanggan.
Elemen: Warna
Tema: Lukisan
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/68727725721/
Huraian: Gambar diatas dapat difahami dengan mudah dan
jelas bahawa pelangi mempunyai pelbagai warna dan ianya lebih mendominasi di
dalam gambar tersebut. Walaupun pelangi tersebut dikelilingi oleh warna kelabu
dan hitam.
Elemen: Warna
Tema: Minimal
HURAIAN: Iklan
billboard di atas kelihatan ringkas, tetapi masih mampu menarik perhatian dan
fokusnya cuma tiga warna sahaja, iaitu putih, kuning dan hitam.
Elemen: Warna
Tema: Jenama
Rujukan: https://www.designyourway.net/blog/graphic-design/lamborghini-logo/
Huraian: Ini
merupakan logo bagi kenderaan terkemuka dunia iaitu Lamborghini yang hanya
digunakan oleh jutawan. Logo ini mengandungi warna yang unik iaitu kuning keemasan
dan hitam. Warna ini menjadi tarikan utama bagi gambar tersebut walaupun wujud
element teks tetapi kurang menonjol.
Elemen: warna
Tema: Bunga
Rujukan: https://myprinceirfanrayyankhairi.blogspot.com/2018/01/taman-bunga-mawar-yang-indah.html
Huraian: Foto ini lebih memberatkan kepada elemen warna kerana bunga tersebut berwarna merah dan daunnya berwarna hijau. Selain itu, warna langit yang kebiruan dan awan putih turut menarikkan foto tersebut. oleh itu, kombinasi antara warna-warna itu telah menyerlahkan dan memfokuskan kepada bunga itu kerana mempunyai warna yang menonjol.
Elemen : Warna
Tema : Pemandangan
Rujukan : Internet
https://pixabay.com/photos/tree-sunset-clouds-sky-silhouette-736885/
Huraian : Berdasarkan gambar diatas,
penggunaan warna di dalam gambar ini sangat menarik dan tidak mempunyai kontra
sesama warna. Malah pemandangan tersebut ditambah lagi dengan gabungan warna
jingga dan sedikit keungguan yang menyebabkan pemandangan tersebut lebih
menyerlah dan memukau mata yang memandangnya.
Elemen Warna
(Sendiri)
Elemen: Warna
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian: Kombinasi warna antara merah dan hijau dapat menyerlahkan lagi seri bunga tersebut. Selain itu, warna-warna grafik tersebut tidak melebihi tiga warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, kombinasi warna tersebut tidak mengelirukan fokus grafik yang hendak ditonjolkan.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Sumber: sendiri
Huraian: Gambar menunjukkan satu hidangan nasi arab. Warna paling menyerlah adalah warna hijau iaitu dulang yang digunakan untuk menghidang sajian nasi arab ini. Kombinasi warna yang digunakan walaupun melebihi tiga warna tetap sahaja menunjukkan sajian tersebut adalah nasi arab.
Elemen: Warna
Tema : Bunga
Sumber : Sendiri
Huraian : Foto ini
jelas menunjukkan gambar bunga yang bewarna kuning disertai daun yang bewarn
hijau. Kombinasi kedua – dua warna ini sangat menarik dan mampu menarik
perhatian seseorang yang memandang. Foto ini jelas menarik kerana terdapat dua
warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada bunga dan juga daun.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Sumber: Sendiri
Huraian: Dalam
foto ini, pemilihan warna kelabu lembut pada batu-batu di latar belakang
memberikan kesan efek yang nyata pada subjek yang ingin disampaikan. Gabungan
warna kuning dan merah yang amat terang itu amat sesuai. Kita dapat juga melihat
unsur warna coklat yang jelas. Maka, penyampaian subjek iaitu ketiga-tiga botol
coklat itu dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihat.
Tema: Bunga
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar
bunga mawar bewarna merah hati. Warna bunga ini lebih menarik perhatian
walaupun hijau daun lebih mendominasi sebagai latar bunga. Gambar ini jelas
menunjukkan bunga mawar yang ditanam di dalam pasu. Bunga mawar merah merupakan
subjek bagi gambar ini.
Elemen: Warna
Tema: Keluarga
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga mengambil gambar di papan yang bertulis “Sekinchan”. Tulisan tersebut mempunyai pelbagai warna untuk tujuan menarik minat pelancong atau pengunjung yang datang ke pantai tersebut. Penggunaan warna yang berwarna-warni ini tidak sama sekali mempengaruhi kewujudan keluarga tersebut di dalam gambar.
ELEMEN : Warna
TEMA : Binatang
RUJUKAN : Sendiri
HURAIAN : Terdapat seekor ikan di dalam balang dalam foto di atas. Warna yang ditekankan di dalam foto ini adalah 3 warna utama, iaitu coklat kekuningan (warna air, penutup balang dan tapak balang), putih (warna latar) dan merah (warna ikan).
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Huraian:
Gambar di atas
lebih menonjolkan elemen warna di mana bunga itu mempunyai kelopak yang
berwarna putih dan debungan yang berwarna kuning serta dikelilingi daun yang
hijau. Warna yang cerah yang ada bunga iaitu warna putih dan kuning serta daun
yang hiaju menjadikan bunga itu lebih menyerlah dan menjad tumpuan dalam gambar
itu. Oleh itu, gambar itu akan mudah menjadi fokus dan jelas apabila dipandang.
Elemen : Warna
Tema : Percutian
Rujukan : Sendiri
Huraian :
Berdasarkan gambar percutian diatas, kombinasi warna yang terdapat di dalam
gambar tersebut ialah warna biru, putih dan hijau. Kombinasi 3 warna ini sudah
cukup untuk menyeimbangkan warna di dalam sesebuah gambar. Ini kerana di dalam
sesebuah gambar hanya memerlukan 3 warna sahaja bagi membuatkan gambar itu kelihatan
cantik dan juga dapat menyampaikan beberapa mesej atau perkara melalui gambar
tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Permandangan
Alam
Rujukan: Sendiri
Huraian: Kombinasi
warna tasik, pohon dan langit dapat menaikan seri grafik diatas. Penggunaan
warna yang tidak terlalu banyak membuatkan grafik tersebut tenang dilihat.
Individu yang melihat grafik diatas tidak keliru danhilang focus kerana terlalu
banyak warna yang hendak ditonjolkan. Oleh itu, grafik ini mempunyai warna yang
sesuai.
Element: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
No comments:
Post a Comment