Saturday 1 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DAHLIA

 Assalammualaikum w.b.t


Post kali ini adalah mengenai simpulan bahasa yang dibuat dalam bentuk video. simpulan bahasa akan dibuat dengan menginterpretasikan daripada gambar yang telah dipaparkan. Oleh itu, kumpualn saya iaitu kumpulahn Dahlia telah menginterpretasikan sebanyak 22 simpulan bahasa daripada gambar yang dipaparkan dan digabungkan dalam bentuk video.


Video Youtube:




Kumpulan Dahlia

Senarai simpulan bahasa:

1.  Jantung hati [Orang yang disayangi]

2.  Jatuh hati [Tertarik atau menaruh harapan]

3.  Jauh hati [Merajuk]

4.  Jejak-jejak bara [Hampir-hampir sampai]

5.  Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu]
 
6.  Jinak-jinak lalat [Orang yang bercampur dengan orang lain, tetapi tidak begitu rapat atau mesra]

7.  Jinak-jinak merpati [Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah bergaul tetapi menjauhkan diri apabila didekati]

8.  Jiwa besar [Bercita-cita tinggi]

9.  Mat Jenin [Orang yang suka berangan-angan]

10.  Juling air [Juling sedikit]

11.  Kacang hantu [Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain]

12.  Kaki ayam [Berjalan tanpa memakai kasut]

13.  Kaki botol / Kaki arak [Orang yang suka minum minuman keras]

14.  Kaki bangku [Orang yang tidak pandai bermain bola]

15.  Kaki judi [Orang yang suka berjudi]

16.  Kata putus [Kata yang menentukan sesuatu perkara]

17.  Kaki lima [Tempat laluan di tepi rumah atau bangunan]

18.  Kecil hati [Merajuk kerana tersinggung]

19.  Kepala angin [Orang yang mudah berubah perangainya]

20.  Kepala batu [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]

21. Angkat bahu [Tidak tahu atau tidak mahu bertanggung jawab]

22. Cinta monyet [Cinta anak-anak kecil]


Selamat Menonton....


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...