Sunday 23 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-0NE SHOT-DAHLIA

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM)

Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa mengubah kedudukan alat perakam video. Memandangkan video ini dinamakan 'one shot', video akan dirakam tanpa memerlukan suntingan kecuali bahagian awal sebagai sebagai pengenalan kepada video tersebut dan di bahagian akhir yang memerlukan kredit. Video disertakan dengan satu lagu dan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dan berkaitan dengan lagu berkenaan. Selalunya durasi video one shot ini bergantung kepada lagu yang diambil yang kebanyakannya berdurasi lebih kurang 3 minit. 


Video One Shot One Layer
Video one shot one layer dirakam dengan hanya merakam satu lapisan sahaja. Satu lapisan tersebut mestilah mempunyai penyanyi sebagai kandungan utama dalam video. Jika ingin memasukkan apa-apa sahaja selain penyanyi selalunya penari, ia mestilah di lapisan yang sama dengan penyanyi tersebut. Saksikanlah video kumpulan saya yang bertajuk Sampai ke Hari Tua, penyanyi asal Aizat Hamdan. 

Video One Shot One Layer:




Video One Shot Two Layer
Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan selain nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu berkenaan. Selain itu, tarian juga boleh diguna pakai dalam lapisan kedua. Saksikanlah video rakaman kumpulan saya, tajuk lagu Tak Mau Mau, penyanyi asal ialah Aidilia Hilda.


Video One Shot Two Layer:




Video One Shot Three Layer
Video one shot three layer merupakan rakaman yang diambil dengan memaparkan tiga lapisan dalam satu video. Sebagai contoh, lapisan pertama adalah nyanyian, lapisan kedua adalah lakona dan lapisan ketiga adalah pergerakan ataupun tarian. Lapisan ketiga ini boleh dilakukan di kawasan yang mempunyai latar belakang yang bergerak seperti pokok yang bergoyang, laluan kereta dan sebagainya. Saksikanlah video kumpulan saya dengan tajuk lagu Anugerah Syawal dan penyanyi asalnya ialah kumpulan Bunkface.

Video One Shot Three Layer

Link: https://youtu.be/uJKWJ-g7IJo

 

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...