Friday, 2 July 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13 -MISTERI KOPI

 ASSALAMMUALAIKUM DAN HAI KORANG




Pada kali ini, Dewan Bahasa dan Pustaka membuat sembang tamu agak lain daripada yang lain dan juga agak misteri giteww. Sembang tamu tersebut bersembang mengenai 'Misteri Kopi'. Tetamu yang dijemput ke sembang tamu tersebut ialah Dr Siti Aliaa Roslan yang mempunyai pengalaman yang banyak terhadap kopi-kopi di pelusuk bumi. Pelbagai perkongsian dan ilmu yang telah diberikan dalam sembang tamu tersebut. Melalui perkongsian itu, saya baru mengetahui bahawa terdapatnya banyak jenis kopi dan mempunyai proses penghasilan yang juga berbeza. Sembang ini bertambah menarik dengan perkongsian beberapa gambar-gambar yang berkaitan dengan kopi semasa Dr. mengembara ke sesuatu negara. Saya juga baru mengetahui bahawa kopi Luwak yang popular di Indonesia itu mempunyai status halal yang belum diketahui dengan pasti kerana kopi tersebut diambil daripada najis percernaan musang kelapa. Kan benda tu tahi kot...ikut pandangan saya memang benda tu haram la. Kopi ini juga mempunyai MISTERI iaitu mempunyai pelbagai kebaikan, salah satunya meningkatkan fokus seseorang dan mampu meningkatkan tenaga seseorang. Namun bagitu, pengambilan kopi perlu dikawal dan perlu diambil secara cermat iaitu mengikut pengkajian seseorang individu hanya boleh mengambil kopi tidak lebih 4 gelas sehari. Sekian Terima Kasih dan saksikan la youtube sembang tamu tersebut. 

Bukti Hadir Sembang Tamu DBP:




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...