Wednesday, 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

pendekatan analisis wacana


Kajian Pendekatan Analisis Wacana melibatkan ujaran dan interaksi dari pelbagai masyarakat dari umur kanak-kanak hinggalah ke tua. Kajian teks dijalankan melalui cerita rakyat, pantun, sajak, lirik lagu dan sebagainya.  Oleh itu, pendekatan setiap elemen ini iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens mampu menjelaskan peranannya.


PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Elemen

Ciri-ciri

Pra-Andaian 

       1.Institusi/ Gerak Hati

       2. Konteks

·         Penerimaan/ Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

Emosi

       1. Positif

       2. Negatif

       3. Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

Nilai & Budaya

       1. Diri

       2. Masyarakat

       3. Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinan, kesyukuran, kesedrhanaan.

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan, fizikal dan mental, kesantunan.

·         Hormat- menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat.

·         Keadilan, kebebasan, rasional.

 

Bahasa

       1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

       2. Formal/ tidak formal

       3. Kesalahan bahasa

       4. Linguistik

 

Inferens

       1. Rumusan keseluruhan

       2. Rumusan topik perbincangan

       3. Penutup kata

 

 

PENERANGAN

Pra-Andaian

Elemen ini telah diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Institusi adalah kemampuan memahami sesuatu tanpa melaui pemikiran yang rasional dan intelektual ataupun secara terus. Manakala konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan/ penafian, keperluan, perujukan, anaphora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

Emosi

Emosi ialah sesuatu perasaan atau gelojak jiwa yang muncul dalam diri seseorang akibat rangsangan daripada dalam diri ataupun luar. Emosi terbahagi kepada tiga iaitu emosi positif, negatif dan bercampur yang dilihat melalui tingkah laku, personality, mood dan motivasi dari diri atau luar.

 

Nilai dan Budaya

Elemen ini dikaji dari aspek diri, masyarakat dan adat yang mempunyai kaitan rapat dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam  falsafah Pendidikan negara seperti berhemah tinggi, jujur, ikhlas dan sebagainya.

 

Bahasa

Bahasa lebih memandang serius keapda bahasa pertama, kedua, ketiga dan seterusnya yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan tidak formal. Bahasa juga memberatkan kepada kesalahan bahasa dan cara penghuraian bagi memastikan bahasa itu tepat, jelas dan padat.


Inferens

 Inferens melibatkan 3 aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik, perbincangan dan penutup kata yang dianalisis dan dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini jelas dan lengkap.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus



Gambar Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

ELEMEN ASAS GRAFIK


Elemen

 

Penerangan

Mudah

- Gambaran yang jelas.

- Mesej difahami tanpa kekeliruan.

 

Warna

- Kombinasi warna atau satu warna dalam sesuatu gambaran.

- rafik seharusnya tidak melebihi 3 warna.

- Ini bergantung kepada objektif atau mesej.

 

Teks

- Merujuk kepada jenis dan saiz fon.

- Kandungan dalam teks juga amat penting bagi pemahaman.

- warna fon juga penting dalam asas grafik.

 

Kesesuain

- Grafik yang bersesuaian dengan latar dan tempat, latar masa, latar watak.

- Setiap watak dan bahan bersesuain antara satu sama lain.

 

Keseimbangan

- Merujuk kepada ruang gambaran.

- Ruang (atas & bawah dan kiri & kanan) yang terdapat pada gambaran tersebut perlulah sama berat/seimbang.

- Penyampaian grafik yang baik juga dapat memberikan keseimbangan kepada gambaran.

 

 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang Selangor 



Gambar Buku Multimedia dalam Berbahasa

Wednesday, 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 Cerita Sosial 1- Nenek dan Datuk


Watak

Alim

Nenek dan datuk belah ibu Alim 

Nenek dan datuk belah ayah Alim

Abang Imran

Kak Madinah 

Aisyah


Latar Tempat

Kampung di Kajanng

Kampung di Melaka

Rumah datuk dan nenek 

Reban lama 

Reban baharu

Ruang tamu 

Dapur


Latar Masa

Setalah 30 minit


Latar Masyarakat

Masyarakat kampung

Masyarakat yang penyayang


Emosi Positif

Alim tersenyum

Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak Madinan dan Aisyah


Emosi Negatif

Alim sedih

Alim marah

Alim menangis 

Alim keliru

Ibu bapa serta nenek dan datuk hairan


 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.



Gambar bersama Laptop

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Pengenalan Diri 


Assalammualaikum dan hai

Nama diberi Mohd Azizul Bin Asri boleh panggil Zul atau Jijul 👦 bernombor matrik 204110. Belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM). 

Berasal dari negeri di bawah bayu iaitu negeri Sabah di daerah Kota Kinabalu. Jemput datang lah 😉

Saya merupakan anak ke-3 daripada 6 adik-beradik. Saya minat mendaki bukit (hiking), suka mendengar lagu dan menonton drama dan anime.

Salam Perkenalan 👋

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...