ELEMEN KESEIMBANGAN
INTERNET
Elemen: Keseimbangan
Tema: Haiwan
Huraian: Gambar jelas menunjukkan singa yang merupakan sejenis
haiwan. Singa tersebut merupakan singa jantan dewasa. Singa itu sedang berehat
di kawasan rumput. Rumput hijau kekuning-kuningan yang meneduhkan permukaan
bumi dan pokok akasia menunjukkan tempat itu adalah kawasan savana. Warna biru
langit seimbang dengan warna rumput tersebut.
Rujukan: https://cosmosmagazine.com/biology/top-ten-most-popular-animals-are-still-endangered/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Perubahan Iklim
Huraian: Foto ini menggunakan latar belakang berwarna hijau.
Keseimbangan yang dipaparkan amat baik di mana subjek berada bahagian tengah.
Terdapat dua logo iaitu di bahagian sudut kiri atas dan kanan bawah. Penambahan
teks di bahagian tengah bawah menyeimbangkan lagi visual ini.
Rujukan: https://www.greeneuropeanjournal.eu/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Suasana kampung
Huraian: Ruang sebelah kiri gambar terdapat sebuah rumah kampung
seimbang dengan tiga orang petani di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas
gambar pula terdapat awan yang kelihatan hampir senja manakala di sebelah bawah
gambar pula menunjukkan sawah padi yang menghijau. Maka jelaslah, gambar ini
menepati elemen asas grafik iaitu seimbang.
Rujukan: https://says.com/my/seismik/ala-riverview-lodge
Elemen: keseimbangan
Tema : ketenangan
Huraian: Keseimbangan di dalam gambar di atas dapat dilihat pada
ruang kanan dan kiri gambar. Di kanan gambar terisi dengan bot dan individu
yang sedang mengambil gambar permandangan di kawasan tersebut. Manakala, di bahagian
kiri pula ditampilkan air terjun, buih putih dan langit yang memainkan peranan dalam
menyeimbangkan gambar ini. Oleh itu, keseimbangan antara ruangan kiri dan kanan
dipenuhi dengan baik.
Rujukan: https://beyonddhorizons.net/2019/03/13/mostar-kravice-falls-daytrip/?amp
Elemen: Keseimbangan
Tema: Poster Movie
Huraian: Poster diatas dilihst memenuhi ciri kesimbangan kerana
ruang kiri dan kanan gambar dilihat sama besar. Perkara ini membuatkan warna
yang digunakan disisi kiri dan kanan seimbang.
Warna merah dalam poster dilihat seimbang dengan warna biru di sebelah
kanan poster tersebut. Warna yang dipilih juga dapat menonjolkan grafik
tersebut.
Rujukan: https://www.imdb.com/title/tt12882620/
Element: Keseimbangan
Tema: Rumah ibadat
Huraian: Gambar di atas mempunyai sisi kiri dan kanan yang
seimbang. Walaupun mempunyai element mudah untuk mengenali gambar tersebut,
tetapi keseimbangan pasti yang akan menjadi tarikan utama kepada yang melihat.
Bahagian atas dan bawah gambar juga jelas terdapat keseimbangan kerana ruang
yang sama luas. Objek dalam gambar tersebut berada tepat pada bahagian tengah.
Rujukan: https://www.kelasfotografi.com/2016/03/memahami-keseimbangan-balance-dalam.html?m=1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Restoran
Huraian: Poster restoran ini menunjukkan keseimbangan di mana logo
restoran lebih memberatkan di bahagian kiri dan nama restoran dan motto yang
berbentuk teks lebih memberatkan di bahagian kanan. Pemberatan yang sama rata
yang memenuhi poster itu telah menjadikan ia seimbang kerana setiap ruang
digunakan dengan sepenuhnya.
Rujukan: https://www.pngitem.com/middle/TibTmR_transparent-kentucky-fried-chicken-png-kfc-finger-lickin/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam sekitar
Huraian: Berdasarkan gambar diatas, terdapat sebuah tasik yang
dikelilingi dengan pokok-pokok yang rimbun. Malah terlihat juga di sekeliling
tepi tasik tersebut ditumbuhi rumput-rumput yang menghijau yang dapat
menyerikan lagi pemandangan tasik tersebut. Tambahan pula, ruang atas
menunjukkan keadaan awan yang membiru dan gunung-gunung yang berada dihujung
bukit tersebut menjadikan lagi kawasan tasik tersebut ‘hidup’. Maka jelaslah
bahawa ruang atas yang digambarkan berdasarkan gambar diatas dapat
menyeimbangkan pemandangan tasik tersebut yang berada di bahagian bawah.
Rujukan: https://gurayyarar.github.io/AdminBSBMaterialDesign/pages/medias/image-gallery.html#lg=1&slide=0
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Semulajadi
Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah tempat yang dipenuhi
dengan batu-batuan semula jadi. Ditengah-tengah gambar tersebut dihasilkan
sebuah cahaya daripada matahari yang menembus masuk ke ruangan tersebut. Ianya
membuat kan gambar yang telah diambil ini menjadi lebih seimbang.
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/2674081019327763/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Pemandangan di pinggir laut yang terdapat beberapa bangunan
yang tinggi dan rendah. Sepenuhnya ruang digunakan. Ruang di sudut kanan
menunjukkan pembangunan sebuah bandar dan di ruang kiri sebelah bawah gambaran
lautan manakala di bahagian atas pula menunjukkan gambar langit yang sama
keluasannya dengan bangunan dan lautan. Warna yang digunakan dalam gambar
berwarna lembut yang mengambarkan gambar tersebut diambil pada waktu petang.
Rujukan: https://images.app.goo.gl/j4dHYb2qFVCLNf1L7
Elemen: Keseimbangan
Tema: Busana
Rujukan:
Huraian:
Tema yang disampaikan merupakan busana.
Pakaian yang dipakai oleh model merupakan fokus utama grafik. Selain itu,
keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar membenarkan penonton melihat
pakaian tersebut secara teliti. Akhir sekali, keseimbangan gambar tersebut
dapat memaparkan latar yang bersesuaian tema busana itu
ELEMEN KESEIMBANGAN
IMEJ SENDIRI
Tema: Kegembiraan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Tiga sekawan bergurau-senda di pinggir tanjung. Senyuman
pada wajah mereka menunjukkan perasaan gembira. Warna langit yang biru, hijau
daun pokok yang jauh daripada kawasan gambar diambil berserta air laut yang
jernih menghasilkan gambar yang indah. Gambar menunjukkan kegembiraan tiga
sekawan yang terpateri secara spontan kerana mata mereka tidak fokus pada lensa
kamera.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Semula Jadi Atin
Huraian: Gambar pemandangan ini meliputi langit, tasik, rumput,
pokok, bukit dan air pancut. Ruang kiri terdapat sebatang pokok dan daunan
pokok di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat langit yang
luas berwarna biru manakala di sebelah
bawah pulak terdapat tasik yang luas juga. Maka, keseimbangan yang digambarkan
amat jelas kerana setiap objek terletak pada posisinya dan saling berkaitan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Keluarga
Huraian: Foto menunjukkan beberapa orang sedang bergambar diruang sebelah
kiri dan kanan gambar. Maka, kedudukan di sebelah kiri dan kanan gambar adalah
seimbang. Di sebelah atas pula menggambarkan pokok – pokok yang menghijau
manakala di sebelah bawah gambar pula menggambarkan air sungai yang jernih.
Jelaslah, kedudukan gambar di sebelah atas dan di sebelah bawah adalah
seimbang.
Elemen: keseimbangan
Tema: potrait - metropolitan / moden
Huraian: Berdasarkan foto di atas, keseimbangan grafik ini dapat
dilihat melalui kedudukan ring light dan model tersebut yang berada di
ruang tengah foto. Sisi kiri dan kanan serta sisi atas dan bawah foto kelihatan
seimbang apabila diukur dari ring light tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kolejku
Huraian: Dengan merujuk kepada gambar diatas, grafik yang
dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada kedudukan sisi kiri dan
kanan yang mempunyai ukuran yang sama. selain itu, atas kedudukan atas dah
bawah juga dilihat sama dan mengwujudkan keseimbangan. Perkara ini membuatkan
grafik yang diambil kelihatan menarik dan seimbang.
Element: Keseimbangan
Tema: Pelancongan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Pelbagai element wujud dalam
gambar ini yang bersesuaian dengan tema antaranya warna, kesesuaian, mudah dan
keseimbangan. Keseimbangan ditekankan kerana jelas terlihat ruang kiri dan
kanan gambar dipenuhi dan seimbang kiri dan kanan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Animasi
Huraian: Gambaran di atas menunjukkan keseimbangan dengan
menggunakan ruang yang disediakan dengan sepenuhnya bagi memeriahkan lagi
dekorasi dalam kad itu. Teks diletakkan di bahagian atas secara melengkung dan
meletakkan gambar kek dan kartun di bawah teks itu yang menyebabkan ruang
antara atas dan bawah seimbang. Ruang kiri dan kanan kad itu diletakkan
dekorasi yang pelbagai bagi mengisi ruang kosong itu. Oleh itu, dengan
keseimbangan yang ada telah menjadikan kad itu lebih cantik dan menarik.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Berdasarkan gambar diatas, menunjukkan pemandangan di atas
jalan raya dimana ruang kiri dan kanan jalan raya tersebut dipenuhi dengan
pokok-pokok kelapa sawit. Manakala awan diatas kelihatan berwarna biru dan
sedikit berwarna keputihan. Ini jelaslah bahawa dengan semua gabungan ruang dan
warna yang ada membuatkan gambar ini kelihatan seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kekeluargaan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar diatas menunjukkan pelajar mengambil gambar sekelas
bersama guru-gurunya di suatu tempat yang sesuai dengan bilangan pelajar yang
agak ramai. Susunan pelajar juga seimbang di kiri dan kanan dan ianya
menyebabkan gambar tersebut kelihatan lebih seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Percutian
Huraian: Gambar diambil seimbang menampakkan semua pemandangan yang
ada. Pokok yang berada di sebelah kanan dan di kiri pula terdapat aliran air
sungai serta bahagian atas pula gambaran awam yang mendung dan jambatan kecil
pada bahagian bawah. Penataan warna yang pula tidak terlalu banyak. Kedua-dua
pelancong tersebut menggunakan warna pakaian yang sama sahaja iaitu tertemakan
warna biru.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Flora dan fauna
Rujukan: Sendiri
Huraian: Tema yang disampaikan merupakan
flora dan fauna. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar
mengfokuskan kaktus. Akhir sekali, keseimbangan gambar tersebut juga mengisi
segala kekosongan dan membuatkan gambar lebih menarik.
Ketua: Mohd Azizul Bin Asri
Penolong: Nur Ewana Fatini Binti Zulkefli
No comments:
Post a Comment