Wednesday 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

NOTA : Close up adalah teknik fotografi yang banyak digunakan untuk memotret gambar manusia secara dekat yang mana bertujuan untuk memfokuskan sesuatu objek tersebut sehingga kelihatan amat jelas. Foto close up ini kebiasaannya diambil dengan jarak yang sangat dekat semasa seseorang atau objek tersebut dalam melakukan sesuatu aktiviti. 


MANUSIA:



Gambar ini memfokuskan kepada muka bayi lelaki yang berumur setahun. comel gitew 😘😘




Gambar ini memfokuskan kepada budak lelaki yang bersongkok. Ini bermakna budak ini sedang belajar di sekolah agama.




Gambar ini memfokuskan kepada muka lelaki. Senyuman nampak lain dan  pelik. Nampak seram pula senyuman tu.


Gambar ini memfokuskan kepada senyuman lelaki itu yang sedang memamakai fon telingan. Mungkin dengar lagu yang menarik la tu.



Gambar ini memfokuskan kepada budak lelaki yang berada dalam kereta sambil berswafoto. senyuman itu merupakan senyuman serong.


HAIWAN:



Seekor kucing yang bernama Memenk menatap tepat kepada kamera. Macam juling pula dia ni 😂😂

 

seekor kambing yang memfokuskan kepada muka dan tanduk. gambar ini juga memfokuskan kepada telinga kambing yang besar.




seekor ikan dengan corak yang cantik dan menunjukkan mulut atau bibir yang mempersonakan. Nak cium sikit. Muahhh 😘😘


Ulat gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntursepah bulan atau mentibang sedang menelusuri pengembaraannya. 



Seekor serangga iaitu pepatung yang mati. Pepatung mempunyai sayap yang kuat dan warna yang lut sinar.


BUNGA:


Gambar ini menunjukkan sejambang bunga kertas yang berwarna pink dan disnari dengan cahaya matahari.



Gambar ini ialah bunga keladi yang berwarna yang dan mempunyai corak yang berwarna putih yang menjadikan ia lebih menyerlah dan cantik.




Pokok kaktus yang kecil yang berwarna hijau dan mempunyai duri kecil dan halus yang terkumpul seolah-olah  tompok yang berwarna pink. 



Daun hijau dengan mempunyai bentuk di bahagian tepi yang cantik dan garisan hitam. bentuk di hujung dan ini seolah-olah berbentuk awan.



Gambar ini memfokuskan kepada kelopak bunga berwarna merah dan mempunyai debunga yang berwarna kuning. Bunga ini masih dalam proses untuk mengembang untuk berkembang.




Gambar di atas ini memfokuskan kepada daun yang berwarna hijau dan mempunyai corak yang berwarna pink dan merun gelap di bahagian tengah.



Barangan:



gambar ini memfokuskan kepada patung beruang  yang berwarna oren, bertopi konvo dan memakai bingkai kaca mata. gambar itu juga jelas kelihatan patung beruang itu sedang tersenyum.




Gambar ini memfokuskan keapda jenama, perisa dan model minuman ini. Nampak sedap kan.... memang sedap pun.



Gambar ini merupakan kunci kereta. kunci kereta tersebut mempunyai 'keychain' dalam tulisan arab sebagai aksesori kunci itu.



Gambar ini memfokuskan kepada warna yang ada pada kotak itu. kotak itu mempunyai warna-warni yang menjadikan ia nampak menarik.




Gambar ini merupakan bunga kaca yang berwarna putih dan ditengahnya terdapat kaca berwarna kuning yang digambarkan sebagai debunga. 


Rujukan Buku:



Buku Multimedia dalam Bahasa






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...