BAHAN ASAS GRAFIK
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor
Terdapat enam bahan asas grafik yang digunkan dalam multimedia iaitu:
1. Bunting/banner
2. Pamplet
3. Poster
4. Gambar/foto
5. Billboard
6. Video
1. BUNTING/BANNER
- Posisi kasut
- Latar belakang elemen batu-bata
- Penggunaan bahasa Inggeris
- Laman sesawang
- Latar belakang warna kelabu
Latar belakang
ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta ingin memfokuskan
kedudukan kasut tersebut.
- Jenis bahan bunting
Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk segi empat
dan bahan yang akan digunakan untuk bunting tersebut ialah daripada jenis
polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis plastik yang diklasifikasikan sebagai
bahan yang sangat tahan lama (sesuai digunakan untuk promosi luar) dan tidak
mudah koyak.
2. PAMPLET
- Posisi Kasut
Kasut yang akan dihasilkan akan
diletakkan dibahagian tengah gambar (center) supaya menjadi daya tarikan utama.
Jenama juga diletakkan dibahagian tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya
akan memandang jenama terlebih dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat
jenama Eleven11.
- Slogan
Slogan bagi jenama ini diletakkan juga
dibahagian atas supaya pembeli akan melihat syarikat kasut ini mempunyai
pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan mengikut warna tema kasut
iaitu merah hitam.
- Latar Belakang
Latar belakang (background) pamphlet
adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik
minat pembeli . Malah kasut ini juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai
dengan latar yang disediakan.
- Laman Sesawang
Kedudukan website atau laman sesawang
bagi syarikat ini berada di sudut kanan
bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan
dalam masa yang sama memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat.
Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar.
- Warna
Berdasarkan
poster diatas dapat kita lihat bahawa terdapat gabungan warna yang sangat
menarik dan dapat menarik lebih perhatian audiens. Warna latar belakang yang
gelap iaitu hitam dan sedikit oren dilihat mampu untuk menaikkan gambar kasut
didalam poster. Selain itu, warna kuning seakan-akan percikan api di belakang
kasut dilihat bersesuai dengan latar belakang yang digunakan.
- Motto & Slogan
Selain
itu, motto atau slogan produk ditulis dengan besar agar mesej yang ingin
disampaikan kepada audien dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Selain itu,
jenis font yang digunakan sangat sesuai. Saiz font juga besar agar tulisan
lebih jelas dan dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Warna font juga
bersesuaian dengan latar poster. Warna yang dipilih dapat dilihat kerana lebih
menonjol daripada latar belakang.
- Nama Syarikat
Nama
syarikat juga diletakkan dalam poster supaya audiens mengetahui dengan jelas
syarikat yang keluarkan produk tersebut. Nama dan logo syarikat diletakkan di
bahagian tengah atas supaya audiens jelas dan tahu dari mana syarikat itu
dikeluarkan dengan baik.
- Susunan
Susunan
yang digunakan dalam poster sangat baik dan tidak terlalu rumit. Hanya beberapa
elemen yang digunakan. Oleh itu, poster tidak terlihat semak dengan pelbagai
benda yang tidak berguna. Hal ini
menyebabkan poster tersebut mudah difahami kerana poster tersebut riingkas dan
berkesan.
4. GAMBAR
- Posisi Kasut
Kedudukan kasut diletakkan pada bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.
- Warna Latar Belakang dan Kasut
Warna latar belakang yang digunakan dalam gambar ini ialah kelabu gelap. Warna kelabu gelap dipilih supaya bersesuaian dengan gambar kasut yang bewarna putih. Pemilihan warna kelabu gelap sebagai latar belakang membuatkan gambar kasut kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pemilihan warna kasut juga penting untuk memastikan sesuatu gambar itu mampu menarik minat pelanggan. Jadi, warna putih merupakan gabungan yang sesuai dengan warna latar iaitu kelabu gelap.
- Elemen Teks
Elemen teks digunakan untuk menjelaskan lagi gambar dan menjadi elemen penerangan kepada grafik. Saiz fon yang digunakan tidak terlalu kecil dan juga bersesuaian dengan gambar tersebut. Warna putih dipilih supaya elemen teks akan menyerlah. Penggunaan teks yang bersesuaian dari segi saiz dan warna dapat membantu menyampaikan mesej dengan baik. Penggunaan kotak yang bewarna merah di sekeliling bertujuan untuk menaikkan dan meyerlahkan lagi penggunaan elemen teks yang terdapat di dalam gambar.
- Logo
Penggunaan logo sangat penting supaya seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali sesuatu produk atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga berperanan sebagai identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perniagaan. Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang terdapat dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan kepada pelanggan.
5. BILLBOARD
- Kedudukan Jenama
- Teks
- Warna Latar
Menggunakan warna latar berwarna gelap bagi menimbulkan teks dan gambar kasut yang digunakan. Berdasarkan pada pemilihan warna latar hanya menggunakan satu warna sahaja. Ini kerana untuk tidak terlalu fokuskan kepada penggunaan warna latar. Warna biru dipilih kerana warna biru merupakan warna yang tenang. Pelanggan akan senang untuk membaca teks atau melihat gambar yang dipaparkan kerana mereka tidak perlu untuk lebih fokus pada warna latar. Faktor pemilihan warna latar berdasarkan warna kasut dan juga elemen teks yang dimasukkan.
- Posisi Kasut
Posisi kasut pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks yang berada di kiri dan kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana pelanggan boleh melihat terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah mengetahui bahawa iklan tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut yang berwarna merah dan bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.
- Slogan
Slogan syarikat kasut diletakkan dibawa untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa slogan itu merupakan slogan kepada syarikat kasut. Slogan ini akan membuatkan pelanggan tertarik untuk membelinya. Kedudukan slogan di bawah bagi memudahkan pelanggan membacanya kelihatan akan tersusun sahaja.
6. VIDEO
Pautan draf video iklan kasut :
https://youtu.be/_aopsp34HhU
Huraian:
Bahagian 1 (Saat 0-11) :
Rakaman Model Berjalan Memakai Kasut
Bahagian 2 (Saat 12-20) :
Rakaman Jarak Dekat (zoom in) pada Kasut yang Dipakai Model
Bahagian 3 (Saat 21-23): Rakaman Kasut yang Dipakai oleh Model dari Jarak Jauh Bersama Jenama Kasut.
Bahagian 4 (Saat 23-25): Slogan Jenama & Syarikat Kasut
- Warna
Pemilihan warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di bahagian ini adalah hitam, putih dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan senang apabila dipandang. Pilihan warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A” adalah kontra dengan warna latar belakang, iaitu hitam. Dengan ini, teks tersebut akan kelihatan lebih menonjol dan jelas. Pilihan warna merah pada teks “STORY” menunjukkan bahawa perkataan ini ingin ditekankan kepada audiens untuk memujuk audiens mencipta cerita sendiri melalui kasut tersebut – dapatkan dan alami secara sendiri – beli dan pakai.
- Logo
Logo ringkas syarikat/jenama juga diletakkan untuk lagi sekali memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut. Logo tersebut juga dipilih untuk diletakkan pada bahagian atas kiri agar mendapatkan keseimbangan di dalam grafik tersebut yang mana dibahagian bawah kanan terletaknya teks “STORY”
- Pemilihan latar
Latar belakang : pilihan latar belakang yang
dicadangkan semasa membuat rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya
bersesuaian dengan fungsi kasut yang dipakai untuk berjalan, melakukan aktiviti
kasual
No comments:
Post a Comment