Saturday, 10 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 

CELIK BAHASA ISYARAT





Rancangan ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang berusaha dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Malaysia dan di seluruh dunia. Rancangan kali ini menumpukan kepada bahasa isyarat iaitu Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat.  Profesor Dr. Normaliza Binti Abdul Rahim merupakan seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengupas lebih lanjut berkenaan perkara ini. Kandungan rancangan sembang tamu ini menumpukan kepada bahasa isyarat yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya bahasa isyarat ini kepada seluruh masyarakat. Ramai masyarakat berpendapat bahawa bahasa isyarat ini untuk orang yang istimewa iaitu bisu dan pekak yang menjadikan bahasa ini tidak popular. Menurut prof, jika ingin mempelajari bahasa isyarat ini, mereka mesti mempunyai minat dan kesungguhan yang seiring untuk mempelajari bahasa ini. Prof Dr. Normaliza juga membuat eksperimen sosial di tempat-temapat tertentu dan mendapati tujuan eksperimen itu mendapat respon yang baik untuk memberikan kepada masyarat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai bahasa isyarat. oleh itu, betapa penting untuk mempelajarinya walaupun ia dipelajari secara asas ataupun belajar pada tahap yang mudah. kita sepatutnya kagum kepada orang-orang yang mempunyai kemahiran dalam berbahasa isyarat ini dan cemburu kepada kelebihan yang diperolehi. Untuk penegtahuan semua, bahasa isyarat merupakan bahasa yang diguna pakai di seluruh dunia dan ini juga boleh dianggap sebagai bahasa global kerana walaupun berlainan negara tetapi bahasa itu masih tetap sama jika seseorang itu faham dan berkemahiran dalam bahasa ini. Bahasa isyarat juga amat disarankan untuk dimasukkan dalam kurikulum sekolah dan kursus yang disediakan di universiti. Bahasa isyarat ini juga merupakan bahasa dan ilmu yang menjadi medium berkomunikasi untuk berkomunikasi. Mempunyai kemahiran berbahasa isyarat ini merupakan satu perkara yang patut dibanggakan dan tidak patut malu untuk di popularkan. Penggunaan bahasa isyarat juga secara tidak langsung membantu orang-orang oku (bisu dan pekak) untuk lebih cepat menyertai serta mendekati masyarakat dengan lebih mudah suapaya golongan ini tidak terpinggir. 




Bukti kehadiran ke Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...