Sunday 30 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI PENDEKATAN DAN STRATEGI KOMUNIKASI)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Pada minggu ke-9 ini, BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa turut membuat peta minda yang dibuat dalam bentuk video dan dipos di Youtube.


Video Bab 5:



Bukti Kehadiran Minggu 9:





BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

Pada minggu ke-9 lalu, BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa turut aktif di laman Twitter dengan tema KEMANUSIAAN


Tweet saya di Twitter



Tweet rakan yang saya retweet:











BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

Dalam minggu ke-9 ini, BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa membuat pos gambar dan kata-kata hikmah yang berkaitan dengan KESILAPAN


Instagram saya hehehehh


Pos instagram rakan:




















BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)



 

Pada minggu ke-9 ini, BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa membuat pantun 4 kerat dan pantun itu dibeli orang lain serta membeli pantun orang lain juga 

Pantun 4 kerat saya:


Pantun 4 kerat rakan dan saya beli hehehhe













Sunday 23 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-0NE SHOT-DAHLIA

ASSALAMMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM)

Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa mengubah kedudukan alat perakam video. Memandangkan video ini dinamakan 'one shot', video akan dirakam tanpa memerlukan suntingan kecuali bahagian awal sebagai sebagai pengenalan kepada video tersebut dan di bahagian akhir yang memerlukan kredit. Video disertakan dengan satu lagu dan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dan berkaitan dengan lagu berkenaan. Selalunya durasi video one shot ini bergantung kepada lagu yang diambil yang kebanyakannya berdurasi lebih kurang 3 minit. 


Video One Shot One Layer
Video one shot one layer dirakam dengan hanya merakam satu lapisan sahaja. Satu lapisan tersebut mestilah mempunyai penyanyi sebagai kandungan utama dalam video. Jika ingin memasukkan apa-apa sahaja selain penyanyi selalunya penari, ia mestilah di lapisan yang sama dengan penyanyi tersebut. Saksikanlah video kumpulan saya yang bertajuk Sampai ke Hari Tua, penyanyi asal Aizat Hamdan. 

Video One Shot One Layer:




Video One Shot Two Layer
Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan selain nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu berkenaan. Selain itu, tarian juga boleh diguna pakai dalam lapisan kedua. Saksikanlah video rakaman kumpulan saya, tajuk lagu Tak Mau Mau, penyanyi asal ialah Aidilia Hilda.


Video One Shot Two Layer:




Video One Shot Three Layer
Video one shot three layer merupakan rakaman yang diambil dengan memaparkan tiga lapisan dalam satu video. Sebagai contoh, lapisan pertama adalah nyanyian, lapisan kedua adalah lakona dan lapisan ketiga adalah pergerakan ataupun tarian. Lapisan ketiga ini boleh dilakukan di kawasan yang mempunyai latar belakang yang bergerak seperti pokok yang bergoyang, laluan kereta dan sebagainya. Saksikanlah video kumpulan saya dengan tajuk lagu Anugerah Syawal dan penyanyi asalnya ialah kumpulan Bunkface.

Video One Shot Three Layer

Link: https://youtu.be/uJKWJ-g7IJo

 

Wednesday 19 May 2021

BBM 3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

 Assalammualaikum W.B.T 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)











Rajah di atas merupakan peta minda yang berkaitan strategi komunikasi daripada pelbagai sudut pandangan sarjana dalam mengungkapkan pengertian strategi komunikasi ini yang bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. 


Buku Rujukan:




 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sunday 16 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

 Assalammualaikum...

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM).




Video merupakan video setempat yang diambil ketika waktu raya. video ini dibuat ketika saya ingin pergi beraya ke rumah rakan saya. Dalam video ini terpapar pelbagai jenis juadah makanan seperti kuih raya, nasi impit dan sebagainya. Saksikanlah...

Memandangkan video setempat ini tidak memerlukan suntingan, video ini memerlukan perancangan yang rapi iaitu:-
  • Dilakukan di kawasan yang sama iaitu keadaan yang tidak beralih.
  • Terdapat penceritaan disertakan humor dan perkara yang berlaku.
  • Merakam situasi yang berlaku ketika itu.
  • Bercerita apa-apa sahaja perkara yang ingin dikatakan iaitu menu makanan raya.


Bukti Kehadiran:



Buku Rujukan:




BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA-DAHLIA

 ASSALAMMUALAIKUM semua...




Link: https://youtu.be/MB9ir4zc8Qc


video di atas merupakan video hari raya kumpuln saya iaitu kumpulan Dahlia. kami telah dibahagikan kepada bahagian tertentu dan dikumpulkan atau digabungkan dalam satu bentuk video raya yang penuh. Saksikanlah.....


Bukti Kehadiran:






Saturday 1 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-DAHLIA

 Assalammualaikum w.b.t


Post kali ini adalah mengenai simpulan bahasa yang dibuat dalam bentuk video. simpulan bahasa akan dibuat dengan menginterpretasikan daripada gambar yang telah dipaparkan. Oleh itu, kumpualn saya iaitu kumpulahn Dahlia telah menginterpretasikan sebanyak 22 simpulan bahasa daripada gambar yang dipaparkan dan digabungkan dalam bentuk video.


Video Youtube:




Kumpulan Dahlia

Senarai simpulan bahasa:

1.  Jantung hati [Orang yang disayangi]

2.  Jatuh hati [Tertarik atau menaruh harapan]

3.  Jauh hati [Merajuk]

4.  Jejak-jejak bara [Hampir-hampir sampai]

5.  Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu]
 
6.  Jinak-jinak lalat [Orang yang bercampur dengan orang lain, tetapi tidak begitu rapat atau mesra]

7.  Jinak-jinak merpati [Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah bergaul tetapi menjauhkan diri apabila didekati]

8.  Jiwa besar [Bercita-cita tinggi]

9.  Mat Jenin [Orang yang suka berangan-angan]

10.  Juling air [Juling sedikit]

11.  Kacang hantu [Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain]

12.  Kaki ayam [Berjalan tanpa memakai kasut]

13.  Kaki botol / Kaki arak [Orang yang suka minum minuman keras]

14.  Kaki bangku [Orang yang tidak pandai bermain bola]

15.  Kaki judi [Orang yang suka berjudi]

16.  Kata putus [Kata yang menentukan sesuatu perkara]

17.  Kaki lima [Tempat laluan di tepi rumah atau bangunan]

18.  Kecil hati [Merajuk kerana tersinggung]

19.  Kepala angin [Orang yang mudah berubah perangainya]

20.  Kepala batu [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]

21. Angkat bahu [Tidak tahu atau tidak mahu bertanggung jawab]

22. Cinta monyet [Cinta anak-anak kecil]


Selamat Menonton....


SENARAI TAJUK TUGASAN-BBM3410-2021

 1.   BIODATA DIRI 2.   CERITA SOSIAL 1 3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.   ASAS GRAFIK MUDAH 6.   ASAS GRAFIK...